Salam buat semua yang menjenguk fp saya yang dh berhabuk2 n bersawang ni. Memang saya akui saya dah lama benor x update sampaikan saya dah bersalin baby kedua baru ada masa. Untuk pengetahuan rakan2 fp, mgkn ade yg terkejut x tahu saya mengandung and dah pun bersalin. Alhamdulillah dapat baby girl yang dilahirkan pada 29 Julai 2009, berat 3.41 kg, jam 8.38 mlm.
Apepun masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya buat semua dan maaf zahir batin. Di sini saya upload gambar2 puteriku yang diberi nama Nurun Nadia Shafiya. Kami panggil dia Nadia. Nurun bermaksud cahaya, nadia maksudnya pemurah dan mulia, shafiya bermaksud suci. Semoga Nadia menjadi anak yang solehah nati, InsyaAllah.